Penantian anda, sangat bermakna bagi kami. Kami tahu ramai yang tak sabar menantikan kesemua konten baharu dari Monsta, terutamanya BoBoiBoy Arc Baraju. Terima kasih dari lubuk hati kami yang paling dalam. Sokongan anda benar-benar menyentuh hati. Namun begitu, kami memohon maaf kerana produksi Baraju mengambil masa lebih lama daripada yang kami jangkakan. Ia merupakan satu proses yang sangat mencabar dan team Monsta sedang berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan Baraju ini kepada anda secepat mungkin. Melangkah ke pertengahan September nanti, anda akan disajikan dengan rangkaian konten MONSTA TANPA HENTI! Kemeriahan akan dimulakan dengan Mechamato musim ke-4, diikuti Baraju yang amat dinanti-nanti dan diakhiri dengan Papazola The Movie! Sementara menunggu bulan September tiba, ikut rapat semua saluran media sosial rasmi kami untuk first look, teaser dan trailer untuk kesemua projek kami ini. Terima kasih kerana sabar menunggu. Ayuh layari pengembaraan ini bersama! #RoadToMonstaNonStop
📢 #BoBoiBoy special collaboration starts TODAY! Treat yourself with some delicious donuts and drinks! Available at all Big Apple Donuts outlets ⚡🥳 @Big Apple Donuts & Coffee